Berjumpa dengan peguam Americk P_Balasubramaniam

Balasubramaniam bertemu dengan peguam Americk Singh Sidhu.[9] Kaitan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak timbul kembali. Adik Najib iaitu Muhamad Nazim Abdul Razak dikatakan VIP yang bertemu dengan Balasumbramaniam sebelum kehilangannya. Muhamad Nazim merupakan arkitek dan suami kepada selebriti TV3.

Balasumbaniam boleh dituduh di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960. Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam - juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana bersubahat dan berkonspirasi.

Wawancara itu dirakam melalui CCTV dan disiarkan melalui YouTube. Akibatnya rumah bekas presiden Badan Peguam Malaysia, Manjeet Singh Dhillon dibaling dengan bom petrol (molotov) pada 7.20 malam, 19 November 2009. Mujurlah Manjeet Singh dan keluarga sedang berada di London. Kehadirannya dalam wawancara dengan Balasubramaniam untuk memastikan wawancara itu bebas dari paksaan dan mempunyai integriti.[10]

Kesemua dakwaan Balasubramaniam adalah menurut kenyataan peribadi dirinya, tanpa disertakan dengan apa-apa bukti fizikal.

Rujukan

WikiPedia: P_Balasubramaniam http://anwaribrahimblog.com/2008/07/05/kenyataan-m... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.keadilandaily.com/pi-bala-meninggal-dun... http://www.keadilandaily.com/skandal-altantuya-pi-... http://malaysiakini.com/news/117889 http://www.malaysiakini.com/news/117817 http://www.malaysiakini.com/news/117917 http://www.malaysiakini.com/news/118341 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl...